Nama Penuh Seperti Di Dalam Kad Pengenalan

Syarat Penyertaan :
  1. Sila isi dan hantar borang maklumat penyertaan di atas dengan lengkap.
  2. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia; lelaki dan wanita yang berumur 16 tahun ke atas sahaja.
  3. Tarikh tutup pendaftaran 28 Oktober 2020.
  4. Semua peserta akan diberikan satu set kelengkapan apron dan tapak papan alas pulut kuning bersaiz 10 inci x 10 inci sahaja.
  5. Setiap peserta tidak boleh sama sekali untuk mendapatkan pertolongan daripada peserta lain atau orang luar pada sebelum, ketika dan selepas habis pertandingan ini dijalankan.
  6. Jika terdapat peserta ditangkap dalam cubaan untuk menipu, ataupun menarik diri, sebelum atau selepas pertandingan, penyertaan akan dibatalkan.
  7. Keputusan akan diberikan melalui cara dekorasi, persembahan dan kekemasan ketika pertandingan. Keputusan juri adalah muktamad.
  8. Markah kreativiti dan kebersihan penyediaan diambil kira.
  9. Setiap peserta hendaklah membawa sendiri pulut kuning (1 kilogram atau lebih), 1 kilogram rendang daging/ayam, dan bahan dekorasi/aksesori hiasan.
  10. Pertandingan menghias pulut kuning akan berlangsung di ruang berhampiran pentas utama.
  11. Pihak penganjur mempunyai hak untuk melakukan sebarang perubahan, membuat pindaan, serta lain-lain perkara tanpa sebarang notis awal.
  12. Hasil pulut hantaran menjadi hak milik urusetia untuk diagihkan kepada para pengunjung setelah acara tamat.
  13. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pengurus acara (Saiful) ditalian 011-59518757.