Syarat - Syarat Penyertaan

  1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
  2. Tarikh pertandingan adalah pada 1-28 Oktober 2020.
  3. Perserta  hanya perlu membuat pendaftaran penyertaan melalui pesanan ringkas (WhatsApp) di talian rasmi RASA Makan Fest (011-59518757) atau https://rasamakanfest.wasap.my/ sebelum 30 Oktober 2020. Pihak urusetia kemudiannya akan meminta beberapa info dari pihak peserta.
  4. Peserta boleh memuat naik seberapa banyak gambar dalam pertandingan ini dan WAJIB mengunakkan tag #RMF2020 dan/atau #rasamakanfest2020.
  5. Peserta juga digalakkan mengguna Frame Facebook Story rasmi RASA Makan Fest 2020 dengan mengimbas  kod QR seperti yang tertera di poster.
  6. Untuk pengguna Instagram pula, anda boleh menggunakan sticker rasmi kami dengan menaip “RASA Makan Fest” di bahagian carian sticker di Instagram Story.
  7. Setiap gambar hendaklah asli dan diambil oleh peserta sendiri. Jika didapati peserta mengunakan gambar orang lain, penyertaan akan terbatal dan hadiah kemenangan akan diberikan kepada peserta lain.
  8. Hanya 6 gambar sahaja (lain-lain peserta) yang akan diambil sebagai pemenang.
  9. Pemenang akan diumumkan pada 30 Oktober 2020 melalui pesanan terus (direct message) WhatsApp dan hendaklah menghadiri sesi penyampaian hadiah pada 1 November 2020. Segala informasi dan butiran akan diminta oleh pihak penganjur bagi tujuan mempamerkan nama pemenang.
  10. Sila pastikan setiap akaun media sosial anda dalam keadaan PUBLIC untuk kami melihat dan menentukan pemenangnya.
  11. Gambar – gambar oleh para peserta pertandingan ini akan  juga dipamerkan di skrin LED semasa festival ini dijalankan bagi menghargai kesenian peserta.
  12. Penilaian akan diberikan melalui kreativiti, sudut gambar, dan filter ketika suasana, acara, makanan, mood, atau yang berkaitan dengan Rasa Makan Festival. Keputusan juri adalah muktamad.
  13. Dengan menghantar gambar anda untuk pertandingan ini, anda bersetuju dengan memberikan hak kepada pihak penganjur untuk mengunakan gambar anda dalam apa jua perkara termasuk pengunaan media penganjur sendiri, hak untuk memaparkan, adaptasi, pengagihan, salinan sama ada dalam bentuk cetakan ataupun digital bagi setiap penyertaan.
  14. Pihak penganjur mempunyai hak untuk sebarang perubahan, membuat pindaan, serta lain-lain perkara tanpa sebarang notis awal.
  15. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi pengurus acara (Saiful) ditalian 011-59518757.